Friday, January 13, 2012

Pengalaman itu kan Pengajaran

بسم الله الرحمن الرحيم

     Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat sesiapa sahaja yang sudi bertandang dan membaca nukilan yang tidaklah sesempurna mana ini - hanya sekadar berkongsi dan semoga sama-sama peroleh manfaat.

     12 Januari merupakan peperiksaan terakhir aku sebelum mula cuti semester. Hati mula menjadi tidak keruan memikirkan keputusan yang bakal keluar pada 31 Januari walaupun sudah berada di rumah-manis-rumah. Walaubagaimanapun, semester lepas banyak mengajar aku erti sebenar sebagai seorang pelajar di universiti. Lebih sulit dan rumit berbanding hari-hari yang aku lalui sewaktu di Asasi. Tidak menang tangan melayan tugasan-tugasan bagi setiap subjek. Akan tetapi, itu semua tidaklah menjadi penghalang untuk aku menjadi lebih kuat dan cepat mengambil tindakan dalam setiap apa yang berlaku pada semester akan datang.

     Kelas Principle and Practice of Management (MGT2010) yang diajar oleh Dr. Ridhwan Fontaine cukup mengajar aku untuk menjadi insan yang berfikiran positif. Beliau memberi dua tugasan buat semua pelajar di mana sedikit sebanyak mendidik aku dan rakan-rakan untuk menghadapi segala permasalahan dengan tenang.

     Kami dikehendaki untuk mendengar dan menyimpul 10 ceramah yang berbeza-beza untuk tugasan pertama manakala menulis jurnal berdasarkan topik yang berlainan untuk 12 minggu buat tugasan kedua. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tugasan-tugasan ini secara tidak langsung mendedahkan aku dengan penceramah-penceramah yang terkemuka dari luar negara antaranya seperti Dr. Bilal Philips, Sheikh Abdur-Raheem Green dan Suhaib Webb juga tidak ketinggalan pensyarah aku sendiri yang turut menyampaikan ceramah dalam suatu rancangan bual bicara The Deen Show.

     Hmmmm. Kalau diimbas kembali, sememangnya aku minat sangat pada subjek Ekonomi hatta berhajat untuk menjadikan Economics sebagai major course untuk pembelajaran aku. Akan tetapi apabila dilihat pada prestasi aku terhadap subjek Microeconomics, minat dan pemahaman aku makin merudum. Aku payah dalam memahami sifat-sifat graf yang terkandung dalam sillabus ini. Aduyai macam mana ni. Rasa bersalah sangat jika tak dapat buat yang terbaik untuk subjek yang diajar oleh pensyarah yang sangat komited dan berdedikasi dalam kerjayanya, Dr. Izyani. Beliau juga mengajar aku Statistics. Apa yang diajarnya cukup menarik dan mantap. Tinggi harapan beliau terhadap anak-anak didiknya. Sedih menyulubungi hati dek gagal membuat yang terbaik untuk test yang beliau sediakan. Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana sehari sebelum peperiksaan bermula, aku faham apa yang aku pelajari berbanding sebelum ini. Graf tentang Oligopoly yang selama ini aku tak faham langsung kenapa jadi macamtu, aku jadi faham pagi sebelum exam. Hampeh pun ada juga kan. Menyesal tak sudah sebab tak belajar dengan lebih awal. Harap sangat exam yang aku lalui tempoh hari dapat memuaskan hatiya -berserah kepada Allah.


Dr. selalu pesan supaya baca dahulu topik yang bakal dipelajari sebelum kelas bermula. Baca saja walaupun tak faham. Highlight saja mana yang mampu selagi dakwat masih ada. :P

Kalau dalam kelas Microeco and Statistics, aku selalu duduk tepi tingkap, nak dapatkan mood katanya. Ini view dari dalam kelas.

Kawasan sekitar kuliah.

     Accounting membuatkan aku bertambah gelisah. Kenapalah sejak aku Asasi lagi aku susah untuk memahami Accounting. Aku percaya perkataan susah itu lahir dari diri aku sendiri. Aku sendiri yang buat penyakit, malas sangat nak memahami Accounting, tak bolehlah macam tu cik. Suka atau tidak aku tetap kena ambil subjek ni. Siapa juga yang pilih. Teruskan usaha dan pandang ke hadapan.


"Usahlah merungut dan menyesal dengan apa yang telah kita lakukan"


     Kelas The Islamic Worldview pula secara tidak langsung menambah ilmu pengetahuanku tentang agama. Tapi, kejamnya aku bila selalu menguap dalam kelas ni. Sir nampak walaupun aku kemam mulut aku untuk tahan ngantuk. Ehe. Serba salah. Apa-apa pun, cara Sir mengajar sangat hebat, tinggi ilmunya. Skop pembelajarannya meluas. Memang boleh dikatakan subjek ini memberi peluang untuk kita memahami dunia dan konsep luar. Tugasan yang diberikan oleh pensyarahku yang budiman cukup menarik. Aku dan rakan sekumpulan ditugaskan untuk membuat kajian di Batu Caves. Kami sempat menemu bual dua orang anak kecil beragama Hindu yang petah berkata-kata dan ramah dalam menyambut kedatangan kami.

     Kami gembira dan berbaur perasaan sedih kerana bakal meninggalkan kelas yang penuh dengan pahit dan manis. Manis dek pensyarah yang sangat-sangat baik. Pahit pula sebab apa ya?  Hehe. Pahit kerana bakal lewat ke kelas Accounting yang memerlukan tenaga dalaman untuk berjalan sepantas kilat untuk jarak yang jauh. Fuhhh. Memang tak pandang kiri kanan. Kelas the Islamic Worldview terkadang tamat dalam pukul 9.55 atau 10 pagi. Kelas Accounting mula pukul 10 pagi. Memang muka akan ketat bila masuk ke kelas Accounting kalau Madam dah mula mengajar. Hmm tapi tak apa. Itulah kehidupan. Tak akan semua nak manis je kan. Harap dikurniakan yang terbaik buat subjek ini, Amin.

      Kelas Halaqah setiap hari Jumaat selama dua jam menjadi santapan rohaniku. 0.5 credit hour, comel kan. Bacaan al-Mathurat dan tazkirah menjadi tirai pembukaan setiap kali kelas bermula. Kak Husni adalah kakak fasi-ku yang sedang menuntut dalam tahun tiga jurusan Agama. Beliau sangat baik dan tidak lokek ilmu - mudah untuk berkongsi cerita. Nampak jugalah segelintir yang melayan kurang elok terhadapnya kerana kurang berminat dengan kelas Halaqah dan niat semata-mata untuk mendapatkan markah. Tak apalah, urusannya dengan Allah. Mudah-mudahan terbuka hatinya untuk nampak kelebihan berhalaqah. Aku belajar hafal hadis, doa-doa harian, dan juga ayat al-Quran. Memang menarik dan banyak hikmahnya. Bayangkanlah, kalau tidak wujudya subjek ini, aku mungkin tidak menghafal apa-apa hadis malah sepotong ayat Quran dalam kehidupan lagi-lagi aku datang dari sekolah harian biasa.

* * * * *

     Aku tekad untuk mengubah cara pembelajaran aku semester depan. Harap-harap berhasil dan janganlah dengan hanya semangat tahi-tahi ayam :(  Kalau semester lepas, semangat terkumpul sewaktu awal semester saja untuk segera bertanya apa yang tidak faham tanpa rasa malu dan takut tetapi, sifat negatif itu tetap ada. Sudah. Padamkan terus sifat buruk itu pada semester hadapan. Takut bertanya sesat jalan. Nak sesat ke ha? (Peringatan dan marah untuk diri sendiri ni)


"Quality is more important than quantity"


     Apakah maksud ungkapan di atas? Kualiti lebih penting daripada kuantiti. Kalau aku sebelum ni selalu saja mementingkan kuantiti sebanyak mana dah aku ulangkaji lebih-lebih lagi kalau esok paginya nak exam sambil membebel 'cepatlah habis, cepatlah habis, dua topik je lagi kena baca lepas tu boleh TIDUR'. Memang macam good-good lah perangai ni kan. Seharusnya aku belajar dan faham setiap slide notes yang diajar dalam kelas dan usah tunggu saat genting baru nak faham satu persatu lepas tu keliru dan mula tension.


     Tak nak lagi tolonglah. Bila buat experiment, study smart is much-much better than study hard, betullah apa yang acap kali orang perkatakan buat semua lapisan masyarakat. Eceh. Sebolehnya untuk menyerikan sillubus kita, kita kena kaitkan apa yang kita pelajari dengan alam sekeliling. Usahlah terlalu bergantung kepada lecture semata-mata. Pastikan faham dengan apa yang kita baca, tulis, lihat dan dengar. Itu yang penting. Niat pun kena jaga wahai diri. Padamkan noda-noda hitam.

     Terkadang aku rasa diri ini tersangatlah kerdil apabila dikelilingi kalangan yang bijak pandai. Aku juga ingin berjaya dan berdiri setaraf dengan mereka tapi mampukah aku melakukannya? Cari dan perbaikilah kelemahan untuk memperoleh kekuatan dan kejayaan.



     Sekadar berkongsi, mengenang kejayaan orang bagi memotivasikan diri. Mana tahu suatu hari nanti kita juga bakal menjadi seperti mereka. Kalau tidak kesampaian, tidak mengapa, mungkin rezeki di tempat lain. Allah Maha Mengetahui.


*Maaf ya jika entry ini terlebih-terlebih atau menyinggung mana-mana perasaan. Sesungguhnya segala yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri. Mohon maaf, salam ukhwah fillah.


Sunday, January 1, 2012

Salam Twenty-Twelve

                                                
بسم الله الرحمن الرحيم


     Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433 @ Tahun Baru 2012 buat semua hamba Allah di muka bumi ini. 2012 datang membawa semangat yang baru agar aku sendiri dapat mengubah diri untuk menjadi lebih baik dan terbaik dengan izinNya.


"Jika doamu dimakbulkan awal, nescaya Allah SWT menyayangimu.
Jika doamu belum lagi dimakbulkan, nescaya Allah SWT sedang mengujimu.
Namun jika doamu tidak dimakbulkan, 
ingatlah bahawa Allah ingin mengurniakan sesuatu yang lebih baik buatmu 
lantaran adanya hikmah disebalik sesuatu yang berlaku.
Seungguhnya sabar adalah iman dan iman adalah kesabaran"


     Semoga kita sama-sama dapat menggunakan peluang sebaiknya dalam berhijrah dan mengorak langkah ke arah kebaikan serta sentiasa berada di jalan yang diredhai olehNya.