Thursday, April 28, 2011

TIP-TIP KECANTIKAN

Salam friends. I attracted to one of the articles in my school magazine written by a student - BEAUTY TIPS which everybody must follow in lives. Jom praktikkan! =)

  • Bedakkanlah wajahmu dengan air wuduk nescaya wajahmu akan bercahaya di akhirat.
  • Pakaikan lipstik kejujuran pada bibirmu agar kamu sentiasa jujur dalam percakapan.
  • Gunakanlah pemerah pipi dan kosmetik yg terhasil dari rasa malu yg hanya berada di salun keimanan kerana malu adalah sebahagian daripada iman.
  • Lakarkan matamu dengan celak yg menghindari diri daripada kemaksiatan kerana mata merupakan akar dari segala perkara.
  • Rawatilah rambutmu dengan selendang Islami yg akan menghilangkan kelemumur daripada pandangan lelaki yg membahayakan.
  • Sebaik-baiknya kalunglah dirimu dengan kalung dengan kalung kesucian yg sentiasa menerangi hidupmu.
  • Hiasilah kedua-dua tanganmu dengan gelang tawaduk dan jari-jemarimu dengan cincin ukhwah.
  • Pakailah sabun istighfar yg menghapuskan segala dosa dan kesalahan yg dilakukan.
  • Hiasilah kukumu dengan inai semulajadi ciptaan yg Maha Esa.
  • Peliharalah anggota badanmu dengan fabrik keanggunan Islam. Sesungguhnya orang yg menutup aurat itu terhindar daripada segala fitnah.
  • Sarunglah kakimu dengan sepatu yg sesuai agar mudah untukmu berjalan di atas jalan yg diredhai-Nya.
  • Tenangilah hatimu dengan ayat suci al-Quran nescaya hilang noda-noda hitam yg mengaburi nalurimu.

Amalkanlah tip-tip yg diberikan ini agar kita akan sentiasa tampak cantik dan berseri di sisi Allah SWT. 

Sesungguhnya wanita itu adalah hiasan dunia, dan seindah-indah hiasan adalah wanita solehah.

So sweet =)


2 comments:

  1. sarah!!!!
    sweet nyerrr!!!!
    x yah bazir duit kan????

    ReplyDelete
  2. thanks pooh gurl aka my dearie cikwa ;)
    yup guna alam semulajadi saja kita dapat mewujudkan peribadi dan rohani yang baik insyaAllah.

    ReplyDelete