بسم الله الرحمن الرحيم
Masih terngiang-ngiang suara manis guruku sewaktu di bangku sekolah yang acap kali memesan semua anak muridnya supaya mengiringi setiap perkara yang dilakukan dengan mengingati Allah yang Maha Esa dengan hasrat ingin mendapatkan redha-Nya.
Subhanallah, Maha Suci Allah
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah
Allahuakbar, Allah yang Maha Besar
Segala pujian hanya untuk-Mu~
Bertepatan dengan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud;
"Sesiapa berjuang untuk menjadikan khalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah."
Hadis ini sedikit sebanyak memberi pengajaran buat kita semua bahawa apa sahaja amalan baik yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat kerana Allah Taala; pencipta sekalian alam.
Jika tidak, segala amalan baik yang dilakukan menjadi sia-sia lebih-lebih lagi jika ditambah dengan niat mazmumah. Seharusnya sebagai umat Islam yang dicintai oleh Allah, tanamkanlah niat yang baik dalam memberi pertolongan, mahupun melakukan rutin harian. Memang tidak dapat dinafikan, terkadang kita lupa memasang niat termasuklah diri ini. Jom pasang niat setiap waktu, boleh sentiasa ingat pada Allah, cinta yang kekal abadi. Nahhhh, barulah kehidupan sehari-harian terjamin, sentiasa diberkati dan berada di bawah naungan ya Rahim.
Hal ini membuktikan bahawa dengan mengingati Allah, hidup akan menjadi lebih terang dan sentiasa berada di jalan lurus yang diredha Allah.
"Ingat Allah ketika kita senang, maka Allah akan ingat kita ketika kita susah" - Hadis Qudsi
Nescaya apabila kita mengingati Allah, Allah juga mengingati kita. Apabila kita mengingatiNya di dalam sekumpulan manusia, Allah akan mengingati kita di hadapan makhluk yang lebih baik; contohnya malaikat. Apabila kita mendekatiNya sehasta, Dia mendekati kita sedepa. Apabila kita berjalan untuk mendekatiNya, Dia berlari ke arah kita. Subhanallah.
No comments:
Post a Comment