Sunday, June 10, 2012

Selamat Berjuang :)

Buka mata, pejam mata. Buka mata, pejam mata. Sama juga dengan pejam celik, pejam celik hihi :P

Cepat sungguh bersua dengan cuti semester. Rasa macam baru dua minggu semester bermula. Sebab itu orang kata hidup ini ibarat aiskrim, nikmatilah ia sebelum cair yang menyampaikan maksud bahawa kehidupan ini berlalu dengan begitu pantas tanpa kita sedari menghampiri kemuncak atau pengakhirannya. Oleh itu, kita haruslah menggunakan waktu yang dianugerahkan ini sebaik-baiknya dengan perkara yang bermanfaat dan bukannya perkara yang sia-sia :'(


Aku akui semester ini lebih memenatkan berbanding semester lepas sehingga kurangannya waktu untuk mengulangkaji pelajaran. Hmm habislah, how can I face my final exams? Aku mengikuti tutorial tambahan anjuran pihak universiti yang diadakan setiap malam Isnin hingga Khamis pada pukul 8 hingga 10 malam manakala hari Jumaat pada pukul 9 hingga 11 pagi untuk tutorial Business Maths. Kemudian aku menghadiri Study Circle II pada pukul 12 hingga 2 petang.

Hari terakhir untuk kelas Study Circle II, mass lecture tentang pengurusan jenazah
Kuliah pendidikan, kelas untuk Study Circle II
Kebiasaannya aku dan sahabat-sahabat makan angin aka window shopping ala-ala datin wannabee gitu di Kuliah HS ataupun di kawasan berdekatan Waqec apatah lagi jika ada PC Fair atau apa jua jualan yang dianjurkan bersempena sesebuah program yang dijalankan di uni ini. Maklumlah banyak benor program diadakan dan terkadang tak berkesempatan untuk ke sana.

Ta'lim yang diadakan di Moot Court Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
'Dean's List VS Deen's List' merupakan antara salah satu ta'lim/ceramah yang telah aku hadiri sepanjang semester yang menceritakan tentang ramai mahasiswa dan mahasiswi kini mengejar Dean's List lantas mengambil remeh untuk memperoleh Deen's List dalam kehidupan. Penceramah ada mengetengahkan amalan support system sesama rakan di mana kita hendaklah saling bantu-membantu bukan sahaja dalam memperoleh ilmu bahkan dalam apa jua perkara.

Taklimat Sharing Moments Program: 'Journey to Success' di Mini Auditorium
Sharing Moments Program: 'Journey to Success' yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan PM, SME Bank dan Etiqa Insurance anjuran kuliah pula menceritakan tentang strategi untuk berjaya. Sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah, aktifkan diri dalam bidang akademik dan kokurikulum, serta bersosial secara sihat merupakan antara langkah yang dipetik dari taklimat ini untuk menggenggam kejayaan dalam kehidupan.



Memang tidak dapat dinafikan bahawa aku juga tidak lari dari perasaan takut dan kurang keyakinan tatkala ada sahabat yang meminta pertologan untuk ajarkan sesuatu, takut-takut jika aku tidak tahu dan tidak dapat membantunya. Sebetulnya, dengar terlebih dahulu bantuan yang diperlukan dan segera bantu jika mampu manakala berkata dengan kata-kata yang elok jika tidak dapat membantuya. Mungkin kita dapat membantu sahabat dengan memanggil sahabat yang lain untuk menyelesaikan masalah tersebut agar sama-sama peroleh kebaikan. Bersederhana dan berasa rendah diri turut dititik beratkan dalam perkara ini agar tiada yang berkecil hati dalam perkongsian ilmu.


Rindu untuk ke kuliah. Tetapi biasalah, kalau sudah berada di rumah, mulalah rasa rindu untuk ke kelas. Kalau sudah berada di kuliah dan menjalani ujian serta perbentangan bagai, hati mula memberontak untuk pulang. Hati tidak pernah puas, segalanya serba tak kena. Bila merungut, kata-kata mak dan ayahlah yang terus menaikkan semula semangat untuk meneruskan perjuangan.

Kawasan sekitar kuliah dari tingkat 4 :) -taken from Miss M
Kawasan sekitar kuliah
Kawasan sekitar kuliah


Gambar di atas adalah sewaktu aku menghadiri kelas Foundation of Islamic Economics yang mengandungi ilmu ekonomi berlandaskan Shariah Islam. Walaupun semester ini mengandungi subjek-subjek yang berat, tetapi subjek-subjek ini sedikit sebanyak memberi banyak pengetahuan mengenai pekara-perkara larangan dalam sistem perniagaan, perdagangan juga ekonomi. Riba merupakan salah satu topik yang terkandung dalam tiga subjek yang aku ambil sepanjang semester ini. Ada satu ketika aku terfikir, aku kerap kali belajar mengenai riba tetapi rugilah seandainya aku sendiri terlibat dengan amalan riba dalam kerjayaku kelak. Sia-sialah ilmu yang dipelajari jika tidak dipraktikkan.

Kelas Fiqh for Economists 1
Risau sangat tentang keputusan peperiksaan yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Cukupkah usahaku? Ikhlaskah aku dalam menuntut ilmu? Apa saja keputusan yang bakal aku peroleh, aku terima dengan hati yang terbuka kerana itulah yang terbaik dari-Nya. Usahlah bandingkan kejayaan kita dengan orang lain kerana rezeki masing-masing berbeza-beza. Kita semua mendambakan yang terbaik tetapi andai kita dikurniakan kegagalan, anggaplah itu juga merupakan sesuatu yang terbaik dari Allah diselangi hikmah. Sesungguhya Dia Maha Mengetahui setiap apa yang baik dan buruk ke atas diri kita. Tiada guna pandang ke belakang dan bersedih kerana semuanya telah berlaku. Teruskan hidup, perbaiki diri dan selamat berjuang bagi mencapai kejayaan dan mardatillah di dunia dan akhirat :)