Salam friends. I attracted to one of the articles in my school magazine written by a student - BEAUTY TIPS which everybody must follow in lives. Jom praktikkan! =)
Amalkanlah tip-tip yg diberikan ini agar kita akan sentiasa tampak cantik dan berseri di sisi Allah SWT.
Sesungguhnya wanita itu adalah hiasan dunia, dan seindah-indah hiasan adalah wanita solehah.
- Bedakkanlah wajahmu dengan air wuduk nescaya wajahmu akan bercahaya di akhirat.
- Pakaikan lipstik kejujuran pada bibirmu agar kamu sentiasa jujur dalam percakapan.
- Gunakanlah pemerah pipi dan kosmetik yg terhasil dari rasa malu yg hanya berada di salun keimanan kerana malu adalah sebahagian daripada iman.
- Lakarkan matamu dengan celak yg menghindari diri daripada kemaksiatan kerana mata merupakan akar dari segala perkara.
- Rawatilah rambutmu dengan selendang Islami yg akan menghilangkan kelemumur daripada pandangan lelaki yg membahayakan.
- Sebaik-baiknya kalunglah dirimu dengan kalung dengan kalung kesucian yg sentiasa menerangi hidupmu.
- Hiasilah kedua-dua tanganmu dengan gelang tawaduk dan jari-jemarimu dengan cincin ukhwah.
- Pakailah sabun istighfar yg menghapuskan segala dosa dan kesalahan yg dilakukan.
- Hiasilah kukumu dengan inai semulajadi ciptaan yg Maha Esa.
- Peliharalah anggota badanmu dengan fabrik keanggunan Islam. Sesungguhnya orang yg menutup aurat itu terhindar daripada segala fitnah.
- Sarunglah kakimu dengan sepatu yg sesuai agar mudah untukmu berjalan di atas jalan yg diredhai-Nya.
- Tenangilah hatimu dengan ayat suci al-Quran nescaya hilang noda-noda hitam yg mengaburi nalurimu.
Amalkanlah tip-tip yg diberikan ini agar kita akan sentiasa tampak cantik dan berseri di sisi Allah SWT.
Sesungguhnya wanita itu adalah hiasan dunia, dan seindah-indah hiasan adalah wanita solehah.
So sweet =)