Friday, August 26, 2011

Kad Raya

بسم الله الرحمن الرحيم

Gembira sungguh hati apabila terlihat sepucuk surat bertuliskan nama penuh dan alamat rumahku dari peti surat. Kad raya dari seorang sahabat seperjuangan di universiti yang sedikit sebanyak mengimbau kembali kenangan bertukar-tukar kad raya bersama sahabat-sahabat di bangku sekolah. Indahnya! Kali terakhir aku menerima kad raya adalah mungkin dalam Tingkatan 3.

Rajin betul dulu-dulu tulis ucapan panjang-panjang dalam kad raya : macam mana puasa? dah beli baju raya ke belum? buat kuih raya tak? raya di mana? kalau buat rumah terbuka jangan lupa ajak.


Tengok-tengok Minn pun tulis ucapan yang sama dalam kad raya yang dihantar ini, memang teringat zaman sekolah. Terima kasih daun keladi, kita jumpa seminggu lagi. Hihi.

Semakin meningkat umur, semakin kurang terima kad raya. Sudah luput dek peredaran zaman nampak gayanya. Lain sungguh trend kini jika dibandingkan dengan sebelumnya. Maklumlah sudah bermacam-macam laman sosial mengambil alih tempat bagi generasi kini bertukar-tukar ucapan khususnya apabila menjelang hari Lebaran. Tidak perlu lagi menghabiskan kredit telefon bimbit menghantar mesej berwarna kepada teman-teman. Hanya menghasilkan suatu gambar bersama ucapan Aidilfitri serta salam kemaafaan, dan tag nama-nama yang diingini, selesai. Dunia di hujung jarilah katakan. Tiada lagi budaya mengirim kad raya, ianya kian pudar.

Bagaimana pula budaya menyampaikan ucapan hari Lebaran pada masa akan datang? Pasti lebih moden. Apa lagi laman sosial yang bakal menjajah minda generasi baru kelak? Pasti lebih hebat dan sukar dibayangkan.

Tiga hari saja lagi Ramadan bakal melabuhkan tirainya. Ayuh lakukan sesuatu bagi mengisi hari-hari terakhir Ramadan. Semoga kita semua peroleh fadhilatnya, Amin.


"Ramadan...
Awalnya Rahmat, 
Pertengahannya Maghfirah dan
Penghujungnya pembebasan dari api neraka"
-al-Hadis


Wednesday, August 24, 2011

Kenapa bulan Ramadan mulia?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ramai yang mengatakan bahawa bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia. Mulia? Sebab apa? Jawapan yang seringkali dilontarkan; mulia kerana berpuasa. Tidak sebenarnya. Walhal bulan Ramadan sangat mulia disebabkan oleh al-Quran kalam Allah. Kenapa al-Quran? Bulan Ramadan dipilih oleh Allah untuk diturunkan al-quran padanya. Maka Ramadan menjadi mulia kerana al-Quran merupakan kitab hidayah petunjuk serta bacaan yang bermanfaat kepada seluruh ciptaan khususnya manusia.


Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 185 yang berbunyi:


"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk kepada sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)"


MashaAllah. Tinggi sungguh nilai senaskhah al-Quran. Terkadang hamba alpa dengan urusan duniawi sehingga lupa menjadikan kitab suci ini sebagai zikir terbaik di sisi Ilahi.

Sedih berbaur penyesalan yang mendalam apabila mengenangkan suatu hadis yang menyatakan bahawa apabila tiba 10 Ramadan terakhir, Rasulullah s.a.w. menangis dan bersiap-siap untuk beribadah dan menghidupkan malam sedangkan aku sibuk menguruskan hal-hal dunia semata. Seandainya Rasulullah s.a.w. melihat keadaan generasi kini yang sebilangannya ada yang meremeh dan mempersiakan bulan mulia ini, pasti baginda menangis. Walaupun tidak pernah bertemu, rasa rindu pada baginda sentiasa mekar di hati. Tetapi layakkah aku untuk bertemu dengannya?

Malaikat-malaikat turun ke dunia mengirimkan doa-doa manusia ke langit untuk dimakbulkan terus oleh pencipta sekalian alam; Allah SWT. Dasyat sungguh kejadian ini yang sukar dibayangkan oleh fikiran manusia. Hanya teguhkan iman, dan istiqamah dalam beribadah.


Sudah dua malam hamba berasa sedih dan sayu di hati. Mengenangkan segala kekhilafan yang telah dilakukan sepanjang nyawa dipinjam. Terasa kotor hati ini yang payah disucikan kembali. Astaghfirullah. Terimalah taubatku ini ya Rabbi. Sesungguhnya pintu taubatMu masih terbuka buat hamba yang hina ini.

Lama sungguh hati ini tidak mendapat pengisian rohani. Mudahnya iman goyah. Ayuh kuat kembali. Bangkitkan usaha.


Tuesday, August 23, 2011

Nasi vs Bubur

بسم الله الرحمن الرحيم

Benarlah pepatah Melayu yang acap kali dikaitkan dengan kehidupan sehari-harian apabila seseorang telah tersilap langkah ataupun salah membuat keputusan atau selainnya; "Nasi sudah menjadi bubur". Sudah terlanjur, dan tidak boleh berpatah kembali. Apa boleh buat, sakit menimpa, sesal terlambat. Tapi, apakah kita harus membiarkan perkara yang tidak menjadi, pergi begitu sahaja? Dalam erti kata lain, terus berhenti di tengah jalan apabila sesuatu yang kita lakukan tidak sempurna hasilnya, malah rosak. Lalu ada yang mengambil jalan singkat tanpa berfikir panjang.

Ketahuilah bahawa setiap kesulitan pasti ada kesenangan disebaliknya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah, sebab musabab disebaliknya. Tanamkan keyakinan, itu janji yang Maha Satu.

 "Kalau nasi sudah menjadi bubur, tak perlu menjeruk rasa atau berputus asa. Tambahkan ayam secukup rasa, taburkan bawang goreng biar harum semerbak. Hidangkan bubur istimewa untuk juadah sekeluarga."

Maksudnya, janganlah sesekali kita sedih seandainya sesuatu yang dilakukan  menunjukkan suatu hasil yang sia-sia. Justeru ubahlah, atau olahlah ia agar menjadi lebih baik, yang masih dapat dimanfaatkan.

Misalan nasi yang dimasak malah menjadi lembik dek terlebih air. Usah dilempar ke dalam tong sampah, tetapi ambillah nasi rezeki Ilahi itu untuk dijadikan bubur yang enak daripada kita buang dan membazir. Lihat, ada manfaatnya bukan? Boleh juga dilihat pada pelbagai contoh dalam kehidupan kita. Hanya perlu pandai mengolah, daripada gagal kepada sesuatu yang lebih sempurna.

Nasi sudah menjadi bubur, tetapi ia masih boleh dinikmati dan jangan persiakan. Sama-sama kita hayati.


Thursday, August 18, 2011

Sahabat dan Suatu Penghijrahan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam'alaik. Subhanallah. Banyak juga perkara yang berlaku sepanjang minggu ini. Menarik untuk dikongsikan di sini sebagai pedoman kita sepanjang bulan mulia ini insyaAllah.

Dua hari yang lepas, aku ke sebuah bazaar Ramadan untuk mencari juadah berbuka puasa. Cari apa lagi kan? Hehe. Tiba-tiba kedengaran suatu suara yang memanggil nama panjangku. Terkejut juga sampai nama panjang yang disebut. Baguslah kalau begitu bukan?

Muncul kelibat seorang gadis bertudung litup comel menarik perhatianku.

Rupa-rupanya gadis yang dimaksudkan adalah sahabatku sewaktu di bangku sekolah. Happy-go-lucky orangnya! Kuat genggaman salamnya tanda lama benar tak bertemu. Tak ada lah lama mana, baru sebulan dua tak berjumpa.

Perbualan kami bermula;


"Sarah, doakan aku ya?"

Aku pelik dan hairan lantas menjawab;

"Doakan......?"

Beliau membalas sambil memagang tudungnya;

"Ni.....aku nak mula pakai tudung"

Aku sambil tersenyum menjawab dan mengusap bahunya;

'Ohh, insyaAllah.. Slow-slow la.."

Beliau pun mengangguk gembira. Perbualan ini terhenti apabila beliau juga mahu segera pulang. Jika tidak, banyak lagi yang ingin diperbualkan.

Subhanallah walhamdulillah. Telah sampai detiknya, terbuka hati sahabatku ini untuk menyarungkan selembar kain bagi menutup auratnya sebagai seorang wanita di sisi Islam. Adakah ini juga merupakan hidayah darimu pada bulan Ramadan ini ya Rabbul Izzati? Semoga sahabat yang disayangi ini tetap teguh imannya dan istiqamah dalam menutup aurat.


Gembira dengan perubahan ini wahai sahabat :)


Monday, August 8, 2011

Cucur Badak Mariah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca ^__^

Hari ini merupakan hari yang ke-8 kita semua menjalani ibadah berpuasa bukan? Macam mana setakat ini? Makin menaikkah prestasi ibadah kita? Makin teguhkah iman kita? Atau........semakin merudum?? Hehe sama-samalah kita muhasabah diri :)

Lebih kurang satu jam saja lagi kita bakal berbuka puasa. Berminat untuk saya berkongsi tentang apa yang berlaku pada hari ini :D Tiada yang menarik pun sebenarnya, cuma hari ini saya buat kuih cucur badak bersama Opah tercinta. Kenapa entri ini ada nama Mariah?? ....sebab Opah bernama Mariah. Bukan Mariah Carey tau. No no no :P


kelapa yang dicampur dengan cili dan bawang, dimasak


Cucur Badak Mariah bermandi-manda dalam kuali :P

Cucur Badak Mariah yang sedia untuk dimakan :D


Selamat Berbuka. 

Semoga diberkati Allah, Amin ^__^

Thursday, August 4, 2011

Him

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah has no Blackberry or an iPhone but He is my favourite contact.

He doesn't have Facebook but He is my bestfriend.

He doesn't have Twitter but I follow Him.

He doesn't have Internet but I connected to Him.

 
To a Muslim, Allah is the Almighty, Creator and Sustainer of the universe, Who is similar to nothing and nothing is comparable to Him.




*copy and paste from a friend :) *

Wednesday, August 3, 2011

Muhasabah

بسم الله الرحمن الرحيم

Perkara pertama yang perlu diutamakan ialah kata-kata syukur dan doa munajat kepada pencipta sekalian alam, Allah SWT. Baru bangun tidur, jadi doanya;

"اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ"
"Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami setelah ditidurNya dan kepadaNya kami dibngkitkan"

Hehe :D *dan diteruskan dengan zikir-zikir yang lain* Pagi ini rutin saya selepas sahur sedikit berbeza. Selepas bersahur, saya online sebentar untuk membantu sahabat yang meminta bantuan untuk mengisi suatu borang. Akaun Yahoo! Messenger (YM) dan Facebook turut dilog masuk.

Saya terbaca status salah seorang sahabat saya di laman sosial tersebut yang membuatkan saya tersenyum lebar dan tertawa bagai .... hee :) Statusnya berbunyi;


Ayam berkata pada lembu, "Kesian kat aku habis telur aku manusia makan, tak dapat nak lahirkan zuriat."
Kemudian lembu pun berkata pada ayam, "Aku lagi kesian, manusia minum susu aku tapi tak pernah panggil aku Mak."


Hehe maaflah kalau ianya sama sekali tidak menimbulkan rasa lucu :P Baiklah, kita tolak tepi dahulu tentang status tadi. Sudah lama rasanya jari jemari tidak berperang dengan papan kekunci komputer. Cewah, bunyi macam hebat saja bukan? Chill :)

Buntu juga memikirkan apa entri yang ingin dikongsi bersama sahabat-sahabat. Fikir punya fikir, saya redah saja lah ^__^

Rasanya saya ingin berkongsi tentang kematian. Betullah apa yang sering diperkataan bahawa kematian memang tak dapat dijangka bila ia datang. Ketahuilah, malaikat maut datang merenung dan memerhati wajah setiap manusia sebanyak 70 kali sehari. Masha-Allah, seram sejuk pula bila menulis dan membayangkan bagaimana keadaan kita apabila dicabut nyawa kelak. Mudah-mudahan kita semua ditarik roh oleh Malaikat Izrail dalam keadaan yang sempurna, Amin.

mayat dijumpai di bilik yang berlangsir (sumber)
Pada tanggal 1 Ogos 2011 bersama 1 Ramadan, sekitar pukul 10 pagi,  mayat salah seorang pelajar UIAM warga Afrika telah ditemui 7 hari selepas kematian di kediamannya, Mahallah Bilal, UIAM Gombak. Pada mulanya, seorang makcik yang bertugas membersihkan kawasan mahallah disitu terhidu suatu bauan yang sangat busuk lalu beliau menjejaki punca sebenar bau tersebut. Beliau turut berasa curiga apabila mendapati bau tersebut datang dari sebuah bilik di kediaman terbabit. Tanpa ragu-ragu, beliau mengarahkan salah seorang pelajar yang berada di situ memecahkan pintu bilik berkunci yang mengundang bau busuk tadi. 



Sebaik sahaja pintu berkunci tadi dibuka, mereka mendapati terdapat satu mayat yang sudah berulat. Setelah itu ramai anggota polis dan pengawal keselamatan hadir bagi mengambil tindakan dan siasatan. Mayat didapati pernah mengambil rawatan di pusat kesihatan UIAM kerana menghidap penyakit sawan. Bagaimanapun kematian Mamadou, pelajar tahun tiga kursus Ekonomi ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 
(sumber)
(sumber)
Innalillaahi wa innaa ilaihiroji un~
"KepadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali"

Bila-bila saja kita akan mati. Bila-bila saja nyawa bakal diambil. Apabila kematian itu datang, maka terputuslah segala amalan kita di muka bumi lantas diangkat ke langit. Perkara ini sedikit sebanyak menginsafkan saya dan mengimbau kembali setiap amalan buruk yang telah dilakukan sepanjang 20 tahun saya hidup bersama nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Terkadang saya leka, seringkali lupa pada pencipta yang Maha Satu.

Teringat pula pada kata-kata sahabat baik saya, Linda. Ada satu malam kami berborak sehingga lewat malam di sebuah laman chat. Banyak sungguh kenangan-kenangan sewaktu di sekolah yang kami kongsi semula pada waktu itu. Syahirah turut mengisi ruang bersembang dan mewujudkan rasa rindu dan gembira terhadap perbualan ini. Sangat sweet bak kata orang-orang muda. Eceh ^__^ 

Linda ada bertanya tentang kenapa saya pernah membuat beliau berkecil hati dengan perangai jahil saya sendiri. Saya pernah seperti tidak mengendahkan kehadirannya persis tidak menghargai sahabat dan erti persahabatan. Jahat sungguh saya ketika di zaman persekolahan. Banyak perkara buruk yang saya lakukan. Sedih sangat. Kenangan ini membuatkan saya benci terhadap diri 'saya yang dahulu'. Bagaimanapun kata-kata linda cukup memotivasikan diri saya;

"Kenapa benci Sarah yang dulu? Sarah yang dulu la yang menjadikan Sarah yang sekarang kan?"

Kata-kata ini cukup membangunkan diri saya. Rindu sangat pada beliau, sahabat yang acap kali berada di sisi di kala susah mahupun senang- mengharapkan agar persahabatan ini berpanjangan, Amin. Benarlah, pengalaman sangat mematang dan mengajar kita untuk berhijrah daripada baik menjadi lebih baik.

Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT saya dapat mengurangkan noda-noda hitam di hati ini. Sokongan dan panduan daripada sahabat-sahabat amatlah diperlukan dan saya hargai.

Semoga kita semua sentiasa berada di jalan yang Allah redhai, Amin :)

Monday, August 1, 2011

Tawaran Melanjutkan Pelajaran

بسم الله الرحمن الرحيم

PERHATIAN

Kemasukan baru ke Universiti Sesi 2011

Nama Universiti : Universiti Ramadan

Tarikh pengambilan pelajar : 1 Ogos 2011

Kursus Wajib : Berpuasa

Kursus Istimewa : Bertarawih

Kursus Tambahan : Membaca al-Quran, Berzikir, Mendirikan solat-solat fardu dan sunat, Bersedekah, dan lain-lain.

Kelulusan yang bakal diberikan : Ijazah Sarjana Muda (Degree/Bachelor) Takwa

Tarikh konvokesyen : 1 Syawal 

*Info tambahan;
Tawaran melanjutkan ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) : Puasa 6

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAFTARLAH SEGERA! 
Hanya yang cepat merebut peluang ini saja yang dapat graduasi dengan baik serta dilimpahi berkat dan maghfirah ya Rahman di dunia dan di akhirat.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------


*sumber yang telah diolah saya, dari laman sosial Facebook. Terima kasih kepada empunya teks ini, semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Amin.