Thursday, August 18, 2011

Sahabat dan Suatu Penghijrahan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam'alaik. Subhanallah. Banyak juga perkara yang berlaku sepanjang minggu ini. Menarik untuk dikongsikan di sini sebagai pedoman kita sepanjang bulan mulia ini insyaAllah.

Dua hari yang lepas, aku ke sebuah bazaar Ramadan untuk mencari juadah berbuka puasa. Cari apa lagi kan? Hehe. Tiba-tiba kedengaran suatu suara yang memanggil nama panjangku. Terkejut juga sampai nama panjang yang disebut. Baguslah kalau begitu bukan?

Muncul kelibat seorang gadis bertudung litup comel menarik perhatianku.

Rupa-rupanya gadis yang dimaksudkan adalah sahabatku sewaktu di bangku sekolah. Happy-go-lucky orangnya! Kuat genggaman salamnya tanda lama benar tak bertemu. Tak ada lah lama mana, baru sebulan dua tak berjumpa.

Perbualan kami bermula;


"Sarah, doakan aku ya?"

Aku pelik dan hairan lantas menjawab;

"Doakan......?"

Beliau membalas sambil memagang tudungnya;

"Ni.....aku nak mula pakai tudung"

Aku sambil tersenyum menjawab dan mengusap bahunya;

'Ohh, insyaAllah.. Slow-slow la.."

Beliau pun mengangguk gembira. Perbualan ini terhenti apabila beliau juga mahu segera pulang. Jika tidak, banyak lagi yang ingin diperbualkan.

Subhanallah walhamdulillah. Telah sampai detiknya, terbuka hati sahabatku ini untuk menyarungkan selembar kain bagi menutup auratnya sebagai seorang wanita di sisi Islam. Adakah ini juga merupakan hidayah darimu pada bulan Ramadan ini ya Rabbul Izzati? Semoga sahabat yang disayangi ini tetap teguh imannya dan istiqamah dalam menutup aurat.


Gembira dengan perubahan ini wahai sahabat :)


1 comment:

  1. alhamdulillah,,sye suka bca crta ni..smoga sahabat awak trs mndpt limpahan rahmat daripda Allah

    ReplyDelete