Friday, July 29, 2011

Khalimah ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Masih terngiang-ngiang suara manis guruku sewaktu di bangku sekolah yang acap kali memesan semua anak muridnya supaya mengiringi setiap perkara yang dilakukan dengan mengingati Allah yang Maha Esa dengan hasrat ingin mendapatkan redha-Nya.

Subhanallah, Maha Suci Allah
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah
Allahuakbar, Allah yang Maha Besar
Segala pujian hanya untuk-Mu~

Bertepatan dengan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud;

"Sesiapa berjuang untuk menjadikan khalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah."

Hadis ini sedikit sebanyak memberi pengajaran buat kita semua bahawa apa sahaja amalan baik yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat kerana Allah Taala; pencipta sekalian alam.


Jika tidak, segala amalan baik yang dilakukan menjadi sia-sia lebih-lebih lagi jika ditambah dengan niat mazmumah. Seharusnya sebagai umat Islam yang dicintai oleh Allah, tanamkanlah niat yang baik dalam memberi pertolongan, mahupun melakukan rutin harian. Memang tidak dapat dinafikan, terkadang kita lupa memasang niat termasuklah diri ini. Jom pasang niat setiap waktu, boleh sentiasa ingat pada Allah, cinta yang kekal abadi. Nahhhh, barulah kehidupan sehari-harian terjamin, sentiasa diberkati dan berada di bawah naungan ya Rahim.

Hal ini membuktikan bahawa dengan mengingati Allah, hidup akan menjadi lebih terang dan sentiasa berada di jalan lurus yang diredha Allah. 

"Ingat Allah ketika kita senang, maka Allah akan ingat kita ketika kita susah" - Hadis Qudsi

Nescaya apabila kita mengingati Allah, Allah juga mengingati kita. Apabila kita mengingatiNya di dalam sekumpulan manusia, Allah akan mengingati kita di hadapan makhluk yang lebih baik; contohnya malaikat. Apabila kita mendekatiNya sehasta, Dia mendekati kita sedepa. Apabila kita berjalan untuk mendekatiNya, Dia berlari ke arah kita. Subhanallah.


Saturday, July 23, 2011

Ramadan Countdown

بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah Maha Suci Allah pencipta sekalian alam. Seminggu sahaja lagi kita bakal menjalani ibadah berpuasa. Bulan Ramadhan yang mulia bakal menjelma; suasana yang indah dan tenang bakal dirasai oleh seluruh umat Islam.

Bersahur, berpuasa, beribadah, berbuka serta bertarawih. Masha-Allah. Tidak sabar diri ini untuk menunggu saat yang cukup memberi ketenangan dan menunjukkan rasa syukur terhadap segala nikmat kurniaan Ilahi.

Sesungguhnya aku hanyalah hamba dan insan yang lemah lagi kerdil, menagih kasih sayang-Mu, ya Allah. Semoga Ramadan kali ini menjadikan aku lebih solehah. Sucikanlah hatiku daripada noda-noda yang sarat dengan amalan yang dibenci oleh-Mu.

Astaghirullah. Ampunilah hamba-Mu yang penuh dengan kekhilafan atas kejahilan diri ini ya Allah.

Amin. Amin ya Rabbal Alamin.


Friday, July 22, 2011

Salam didahulukan?

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya baru sahaja menonton program 'Assalamualaikum' di siaran tv al-Hijrah yang memberi banyak input pada saya pada pagi yang mulia ini Alhamdulillah. 


Lihat saja pada tajuk program ini, pasti ramai yang menyangkakan bahawa program ini pasti dimulakan dengan ucapan salam-Assalamualaikum. Namun tidak pada hari ini. Hos rancangan mendahulukan program dengan nama Allah, puji-pujian yang Maha Besar dan sepotong dua doa diikuti dengan salam.

Dipertengahan rancangan, ada penonton yang mengacukan soalan menerusi suatu laman sosial tentang kenapa situasi ini boleh berlaku sedangkan tajuk program terang-terang menyatakan ucapan salam dengan harapan perkara ini perlu diperbetulkan. Saya juga tidak menyangka bahawa soalan sebegini turut timbul. Cewah :P 

Justeru, apa yang saya ingin tekankan di sini adalah saya tertarik dengan maklum balas dan penjelasan yang dilontarkan oleh hos rancangan ini. Beliau memberitahu bahawa perkara sebegini  tidak mendatangkan masalah, dan mengaku bahawa benarlah program ini membawa tajuk besar dengan ucapan salam. Walaubagaimanapun beliau menerangkan bahawa tidak semestinya program ini patut dimulakan dengan ucapan salam bahkan sebaiknya demi mengharap redha dan berkat Ilahi, puji-pujian dan menyebut nama-nama Allah diiringi doa agar dijauhi dari gangguan syaitan yang direjam haruslah diutamakan bagi melancarkan program yang berlangsung. Secara peribadi saya berasa senang dengan penjelasan yang cukup mantap tetapi ringkas oleh hos rancangan ini.

Beliau berterima kasih di atas pertukaran pendapat daripada penonton yang sedikit sebanyak dapat berkongsi pandangan ilmiah di pagi hari yang membuatkan saya tersenyum di pagi hari. Sekadar berkongsi. Hehe =)



Wednesday, July 20, 2011

Suatu Hadis

بسم الله الرحمن الرحيم
Sewaktu pengajian saya di CFSIIUM, salah seorang sahabat saya yang menuntut dalam kursus Bahasa Arab, Nor Syamimi, ada mengajar saya satu hadis yang menarik untuk saya jadikan panduan dan peringatan dalam hidup tidak kira sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi mahupun yang sedang bekerja :')

"Ijtahid wala taksal, fannadamah uqba liman yatakasal"

Maksudnya;
Berusahalah dan jangan malas, penyesalan ke atas orang yang malas.

Hadis yang ringkas, yang cukup menyedarkan kita bahawa sifat malas akan menggagalkan kita lantas penyesalan saja yang boleh kita lakukan. Sesungguhnya masa itu emas, dan tidak akan pernah berpatah balik. Peringatan buat diriku, juga buat sahabat-sahabat. Semoga sentiasa di jalan yang lurus dan sentiasa dibawah redha ya Rahman, maha Suci Allah. Aminnnnn.

Tuesday, July 19, 2011

10 hari lagi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Subhanallah walhamdulillah, Allahuakbar
Dengan izin yang Maha Esa,
10 hari saja lagi umat Islam bakal menjalani ibadah puasa
Tidak sabarnya diri ini untuk merasai suasana bulan yang penuh kemuliaan ini
Mudah-mudahan diberi kesempatan untuk memperbanyakkan amalan mahmudah, hindari amalan mazmumah, solat-solat sunat, qiamullail, bertarawih, bertahmid, iftor dan sebagainya, biiznillah...

Ramadhan kareem, Allahu Akram~

Monday, July 18, 2011

Persediaan Sem Baru

بسم الله الرحمن الرحيم

Lagi 48 hari saja lagi menjelangnya semester baru buat diri ini. Semoga lebih bersemangat berbanding semester-semester yang lepas, aminnn.


Hai 'semester baru', sudah bersediakah anda untuk bersemuka dengan saya 6 September nanti? 


Eceh saya pula yang mengacukan soalan padanya :P  

Mudah-mudahan segala urusan berjalan lancar dan sentiasa dipermudahkan oleh Allah, amin. Sewaktu pre-registration subjects pada 15 dan 16 Julai yang lepas, syukur walhamdulillah saya berjaya mendaftar 4 subjek seperti yang telah dirancang sebelum ini- Management, Microeconomics, Accounting dan Statistics. Akan tetapi dua subjek belum boleh didaftar iaitu UNGS (The Islamic Worldview) dengan ICTM (Information Technology). Situasi ini memaksa saya untuk mengumpul tenaga sebanyak yang mungkin untuk mendaftar kedua-dua subjek ini di IIUM secara manual. Bermulalah peperangan kali kedua saya di sana, merebut 'group section' sepantas kilat. Kalau lambat, terpaksalah ambil kumpulan kelas yang waktunya kurang memuaskan diri- mungkin lewat petang. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya mendaftar kedua-dua subjek ini pada semester depan insyaAllah. Senyum!

Sunday, July 17, 2011

Sentiasa Di Hati

بسم الله الرحمن الرحيم


Gambar ini diperolehi dari Aida, teman se-dorm saya sewaktu menginap di Blok E, sepanjang semester 4 dan 5. Nahhh this is the view of B Block in Centre for Foundation Studies, International Islamic University Malaysia (CFSIIUM), Nilai. Nampak tak, terdapat laluan ilmu di antara dua buah padang yang mencantumkan Blok A dan B dengan Blok C, D dan E. Rindu yang mendalam sedalam-dalamnnya pada tempat ini. Tempat yang menyimpan dan memberi 1001 kenangan pahit dan manis dalam hidup saya. Andai masa boleh diundur, akan saya gunakan masa itu sebaik-baiknyaaaaa :'( dan kalaulah webcam boleh merakam setiap saat yang saya lalui sepanjang foundation lives, akan saya lakukan tanpa segan dan silu kerana setiap detik di CFSIIUM itu sangatlah bernilai dan bermakna.


Masjid Putra Nilai, merupakan salah satu masjid besar yang terletak di Bandar Baru Nilai. Pelajar-pelajar dari INTI College, USIM, Nilai International College, Murni Nursing College dan tidak ketinggalan pelajar-pelajar CFSIIUM sendiri turut mengunjungi masjid yang indah ini bagi menunaikan solat Jumaat juga program-program ilmu yang seringkali diadakan di sini.

Sepanjang pengajian saya di CFSIIUM, saya lebih gemar menghabiskan masa di rumah Allah yang damai ini. Jika tidak pun, di perpustakaan kesayangan. Hari peperiksaan dan ulangkaji pelajaran selalunya di sini. Memang tidak dapat dinafikan, sejujurnya, indah sangat pengalaman sepanjang tinggal dan belajar di sini. Seikhlas hati, saya akan merindui keadaan/situasi diri ini yang sedang berada di CFSIIUM, sahabat-sahabat dan tidak lupa pada pensyarah-pensyarah yang telah banyak mengajar dan membantu saya tidak kira sewaktu susah mahupun senang. Kalian sentiasa dalam ingatan dan doaku. Semoga kita sama-sama sentiasa di bawah berkat dan lindungan Ilahi, Amin ya Rabbal-Aalamin :')


Friday, July 15, 2011

Facebook | Faithbook

بسم الله الرحمن الرحيم


On this coming Ramadhan,

Facebook will trade for Faithbook (Qur'an),
where we CONNECT to Allah,
TAG our hearts,
LIKE doing good deeds,
ADD du'aa and prayers,
SHARE wealth through charity,
POKE conscience,
UNTAG sins and bad deeds,
and CONFIRM our loves to Allah and His Prophet PBUH!



Thursday, July 14, 2011

ya Rahman ya Rahim

بسم الله الرحمن الرحيم


 Sesungguhnya bulan Rejab membuka peluang bagi orang mukmin memohon keampunan dari segala dosa, 
bulan Syaaban untuk memperbaiki hati yang lemah dan hindari diri dari sifat tercela,
dan bulan Ramadhan untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada yang Maha Esa, Allah SWT.


ya RabbulIzzati, aku rindu pada-Mu