Saturday, July 23, 2011

Ramadan Countdown

بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah Maha Suci Allah pencipta sekalian alam. Seminggu sahaja lagi kita bakal menjalani ibadah berpuasa. Bulan Ramadhan yang mulia bakal menjelma; suasana yang indah dan tenang bakal dirasai oleh seluruh umat Islam.

Bersahur, berpuasa, beribadah, berbuka serta bertarawih. Masha-Allah. Tidak sabar diri ini untuk menunggu saat yang cukup memberi ketenangan dan menunjukkan rasa syukur terhadap segala nikmat kurniaan Ilahi.

Sesungguhnya aku hanyalah hamba dan insan yang lemah lagi kerdil, menagih kasih sayang-Mu, ya Allah. Semoga Ramadan kali ini menjadikan aku lebih solehah. Sucikanlah hatiku daripada noda-noda yang sarat dengan amalan yang dibenci oleh-Mu.

Astaghirullah. Ampunilah hamba-Mu yang penuh dengan kekhilafan atas kejahilan diri ini ya Allah.

Amin. Amin ya Rabbal Alamin.


4 comments:

  1. Salam alaik.

    Moga kita semua sempat utk melangkah ke bulan yang barakah itu. Mengharapkan ramadhan yang lagi baik dari sebelum ini (=

    sama-sama berusaha! (=

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak puasa.. sama2 tingkatkan amalan. besama kita mengimarahkan lagi bulan yang mulia ini... insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Izzati Hashim & Ummi Maisarah;

    Waalaikumsalam wbt.

    Amin, terima kasih di atas ingatan dan doa. Yup, sama-samalah kita merebut redha-Nya! :) InsyaAllah, semoga ibadah kita sama-sama diterima dan diberkati Allah. Amin :)

    ReplyDelete