Friday, July 22, 2011

Salam didahulukan?

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya baru sahaja menonton program 'Assalamualaikum' di siaran tv al-Hijrah yang memberi banyak input pada saya pada pagi yang mulia ini Alhamdulillah. 


Lihat saja pada tajuk program ini, pasti ramai yang menyangkakan bahawa program ini pasti dimulakan dengan ucapan salam-Assalamualaikum. Namun tidak pada hari ini. Hos rancangan mendahulukan program dengan nama Allah, puji-pujian yang Maha Besar dan sepotong dua doa diikuti dengan salam.

Dipertengahan rancangan, ada penonton yang mengacukan soalan menerusi suatu laman sosial tentang kenapa situasi ini boleh berlaku sedangkan tajuk program terang-terang menyatakan ucapan salam dengan harapan perkara ini perlu diperbetulkan. Saya juga tidak menyangka bahawa soalan sebegini turut timbul. Cewah :P 

Justeru, apa yang saya ingin tekankan di sini adalah saya tertarik dengan maklum balas dan penjelasan yang dilontarkan oleh hos rancangan ini. Beliau memberitahu bahawa perkara sebegini  tidak mendatangkan masalah, dan mengaku bahawa benarlah program ini membawa tajuk besar dengan ucapan salam. Walaubagaimanapun beliau menerangkan bahawa tidak semestinya program ini patut dimulakan dengan ucapan salam bahkan sebaiknya demi mengharap redha dan berkat Ilahi, puji-pujian dan menyebut nama-nama Allah diiringi doa agar dijauhi dari gangguan syaitan yang direjam haruslah diutamakan bagi melancarkan program yang berlangsung. Secara peribadi saya berasa senang dengan penjelasan yang cukup mantap tetapi ringkas oleh hos rancangan ini.

Beliau berterima kasih di atas pertukaran pendapat daripada penonton yang sedikit sebanyak dapat berkongsi pandangan ilmiah di pagi hari yang membuatkan saya tersenyum di pagi hari. Sekadar berkongsi. Hehe =)



No comments:

Post a Comment