Friday, August 26, 2011

Kad Raya

بسم الله الرحمن الرحيم

Gembira sungguh hati apabila terlihat sepucuk surat bertuliskan nama penuh dan alamat rumahku dari peti surat. Kad raya dari seorang sahabat seperjuangan di universiti yang sedikit sebanyak mengimbau kembali kenangan bertukar-tukar kad raya bersama sahabat-sahabat di bangku sekolah. Indahnya! Kali terakhir aku menerima kad raya adalah mungkin dalam Tingkatan 3.

Rajin betul dulu-dulu tulis ucapan panjang-panjang dalam kad raya : macam mana puasa? dah beli baju raya ke belum? buat kuih raya tak? raya di mana? kalau buat rumah terbuka jangan lupa ajak.


Tengok-tengok Minn pun tulis ucapan yang sama dalam kad raya yang dihantar ini, memang teringat zaman sekolah. Terima kasih daun keladi, kita jumpa seminggu lagi. Hihi.

Semakin meningkat umur, semakin kurang terima kad raya. Sudah luput dek peredaran zaman nampak gayanya. Lain sungguh trend kini jika dibandingkan dengan sebelumnya. Maklumlah sudah bermacam-macam laman sosial mengambil alih tempat bagi generasi kini bertukar-tukar ucapan khususnya apabila menjelang hari Lebaran. Tidak perlu lagi menghabiskan kredit telefon bimbit menghantar mesej berwarna kepada teman-teman. Hanya menghasilkan suatu gambar bersama ucapan Aidilfitri serta salam kemaafaan, dan tag nama-nama yang diingini, selesai. Dunia di hujung jarilah katakan. Tiada lagi budaya mengirim kad raya, ianya kian pudar.

Bagaimana pula budaya menyampaikan ucapan hari Lebaran pada masa akan datang? Pasti lebih moden. Apa lagi laman sosial yang bakal menjajah minda generasi baru kelak? Pasti lebih hebat dan sukar dibayangkan.

Tiga hari saja lagi Ramadan bakal melabuhkan tirainya. Ayuh lakukan sesuatu bagi mengisi hari-hari terakhir Ramadan. Semoga kita semua peroleh fadhilatnya, Amin.


"Ramadan...
Awalnya Rahmat, 
Pertengahannya Maghfirah dan
Penghujungnya pembebasan dari api neraka"
-al-Hadis


3 comments:

  1. biasa la tu,kita akn slalu dimamah dek kemajuan..slamat ary raya,,

    ReplyDelete
  2. Jemput2lah singgah ke blog yg tak sberepa ni ye.klik pada adsense untuk dapatkan info lebih lanjut http://www.tourismopportunity.blogspot.com/

    ReplyDelete